Aku tak tengok pon friendly match diantara Malaysia XI dengan Kelantan FA sebab aku ada banyak kat rumah untuk disiapkan dan tak sempat untuk menjejakkan punggung aku di Bukit Jalil. Tapi aku dengar Kelantan kena sampai 5-0 dengan skuad negara. Okey la tu kan, RM2 untuk satu gol. RM2 darab dengan 5 gol,kiralah sendiri. Sama denhgan harga tiket yang dibayar untuk menonton match tersebut. Tetapi aku pun tertanya-tanya la jugak kenapa skuad negara melawan pasukan negeri sendiri? Adakah kerana negara lain sombong dan taknak friendly dengan Malaysia ? Atau Malaysia terlalu power sampai takde national team yang lain sanggup untuk mencabar Harimau Malaya ini walaupun Sepanyol mahupun England. Kalau friendly match sesama sendiri,memang ranking Malaysia takkan ke mana lah walaupun aku dan masuk keranda. Tapi aku mendapat jawapan dari rakan aku yang mengatakan bahawa ini adalah friendly persediaan untuk friendly. Tujuan friendly ini adalah untuk mencuba kebolehan skuad negara sebelum perlawanan persahabatan yang sebenar menentang Tok Arab pada 20 Februauri nanti. Ini adalah perlawanan persahabatan Gred A yang boleh menaikkan ranking negara dan perlawanan tersebut akan diadakan di Australia. Mohon semua Ultras booking tiket sekarang dan menari serta chanting tanpa berhenti sepanjang perjalanan dari KLIA ke Australia nanti.
 |
| Pasukan yang menjaringkan 5 gol tanpa bolos |
Dan untuk pasukan Red Warriors, ini adalah amaran ataupun peringatan kepada mereka. Walaupun ini sekadar friendly dan tidak menjejaskan kedudukan dalam liga, ia patut diambil perhatian oleh seluruh pasukan Kelantan dan Peter Butler khususnya. Kekalahan ini juga menunjukkan bahawa Kelantan tempang dibahagian serangan dan juga pertahanan. Ini akibat daripada ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha dan juga Khairul Fahmi yang masing-masing mewakili negara. Untuk menjadi sebuah pasukan digeruni di sebuah negara bolasepak tahap sederhana, ini adalah peringatan tahap merah kerana mereka tidak bleh selalu bergantung pada mereka berdua. Khairul Fahmi masih lagi muda dan tak mustahil akan meninggalkan Kelantan untuk beraksi dengan kelab-kelab yang lebih baik diluar negara ekoran prestasinya yang memukau di peringkat antarabangsa dan juga dilabel sebagai Penjaga Gol Terbaik Asia oleh Goal.com. Jika perkara ini berlaku, dan Kelantan masih lagi tiada pelapis,sudah tentu gawang Kelantan akan menjadi seperti malam ini. Memang liga kita semakin naik tetapi untuk menjadi lebih hebat dan mendapat banyak pengalaman, berhijrah ke tempat lain adalah perlu bagi seorang pemain bolasepak professional. Ditambah pula dengan kebodohan
FAM organisasi tertentu yang suka menggubal undang-undang sendiri dan tidak mengikut guideline yang sebenar.
 |
| Ketiadaan MatYo pada bahagian serangan ternyata menjejaskan Kelantan |
So aku berharap perlawanan friendly pada malam ini menjadi viagra kepada skuad Harimau Malaya untuk menang menentang Arab Saudi nanti dan menjadi iktibar kepada pasukan Kijang untuk melakukan post-mortem .
No comments:
Post a Comment