Sedikit Pengorbanan Mampu Merubah Segalanya

Aku rasa pemain bolasepak kita juga mempunyai kemahiran seperti pemain professional yang lain tetapi sedikit terbantut kerana mereka jarang berhijrah ke kelab luar.Kalau kita sayangkan pemain bola kesayangan kita, adakah kita perlu menyuruh mereka bermain di liga ini sedangkan diorang layak dan mungkin menerima tawaran dari kelab lain? Bagi aku, pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi perlu pergi ke luar negara untuk meningkatkan lagi potensi mereka. Award yang diterima oleh Khairul Fahmi tempoh hari boleh dikatakan nasib kerana ia adalah undian dari orang ramai dan bukan dari juri-juri profesional . Bukan untuk menidakkan liga tempatan tetapi untuk menaikkan imej serta ranking negara. Tengok sahaja negara lain ,mereka bukan menghalang pemain mereka malah mengesyorkan lagi agar bakat bolasepak mereka dipandang tinggi. Tak salah untuk kita merantau untuk meluaskan pengalaman kita malah ia juga dituntut oleh agama. 


Khairul Fahmi kemungkinan adalah Penjaga Gol Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman.


Ramai orang mengatakan bahawa Norshahrul lagi hebat dari Safee tetapi aku respek pada Safee sebab dia berani untuk ambil risiko walaupun dia bukan 'Jack Of All Trade' player seperti Norshahrul. Adakah kita mahu sikap mementingkan diri sendiri dengan menghalang mereka? Atau kita sanggup melepaskan mereka untuk masa depan bola yang lebih baik. Ditambah pula dengan sikap FAM yang langsung tidak profesional serta tidak mengikut guideline FIFA serta AFC, ini mungkin hanya membazir bakat yang kita ada.



Safee Sali menjadi pemain bolasepak Malaysia yang pertama bergelar jutawan walaupun sekadar beraksi di  Liga Indonesia




Norshahrul dikatakan lagi hebat dari Safee Sali tetapi masih bermain di liga tempatan


Alahai Arsenal ... Dimanakah Silapnya ?

 Apabila legend masuk balik, bising satu tanah British dengan mengatakan team mereka akan invincible balik. Selepas tu legend diorang yang dipuja itu dikeji oleh penyokong sendiri. Apabila team mereka ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama dan sempat mengejar dengan 3 gol pada separuh masa kedua,mereka mengatakan tiada apa yang mampu menghalang team mereka sekarang. Tapi apa yang diorang dapat semasa menentang Bolton hanyalah kuih seri muka. Ya ... itulah Arsenal. Itulah pasukan yang paling cantik permainannya di tanah British itu. Bak kata coach mereka yang juga pemenang anugerah Nobel, Profesor Wenger, " Tidak mengapa tidak memenangi sebarang trofi,asalkan permainan cantik". Nampaknya prinsip itu memang digunapakai dengan baiknya apabila berjaya mengharungi 8 7 musim tanpa piala walaupun Carling Cup. Bawalah Henry, Pires, Lehman sekalipun kalau bangang,bangang jugak. Aku menunggu untuk mendengar fans Arsenal meminta Arsenal untuk mengubah home ground kembali ke Highbury. KahKahKah ! Aku kesian dengan Van Persie tu memandangkan umur kita ni semakin tua. Mohon ikut jejak Fabregas dan Henry yang berpindah ke Barcelona untuk merasa kenikmatan mengangkat trofi.

"Ini hanya mimpi,aku pejam mata pastu bukak balik...mesti hilang" - The professor


Kebodohan Penyokong Boleh Membawa Durjana

  Semalam aku dengar ada rusuhan kat Mesir. Kalau setakat demo macam kat Dataran Tahrir tu aku tak kisah tapi ni kat stadium bolasepak. Sebab berlakunya kejadian ni ialah kekalahan pasukan tuan rumah iaitu Al-Masry kepada pasukan peliwat pelawat, Al-Ahly. Seramai 74 orang yang menemui ajal dan lebih 200 orang yang sekadar cedera .Kalah rusuhan Mesir yang lawan tentera tu. Untuk pengetahuan kalian, Al-Ahly ialah bekas kelab penyerang Kelantan iaitu Mohamed Mahmoud Ghaddar . Nasib baik Ghaddar dah takde ,kalau tak maybe kena serang dengan hooligans Mesir ni.



Nasib baik tak terjadi gini kat Bukit Jalil semalam bila pasukan negara menang hensem keatas Kelantan. Penyokong kat Bukit Jalil semalam boleh dikatakan berhemah kecuali ada yang segelintir yang banyak sedikit bodoh apabila melontar flare kepada Ghaddar. Yang melontar tu ialah fans pasukan Kelantan sendiri dan apa perasaan Ghaddar bila diperlakukan sedemikian. Kalau setakat 'booo' aku boleh terima, atau penyokong opponent yang lontar tapi fans sendiri kot! Aku tak tahu nak cakap apa, tetapi bagi aku penyokong Kelantan sekarang sudah sedikit berubah tetapi dengan adanya penyokong sebegini, rosak susu sebelanga bro. Mohon Tan Sri Annuar Musa ambik tindakan dan pulihkan motivasi dan semangat Ghaddar kembali.

Ghaddar mendapat sokongan oleh Torres Malaysia iaitu abang F.Saarani

Ulasan Friendly Match Malaysia VS Kelantan - Sedikit Pemangkin Untuk Harimau, Peringatan Buat Kijang

Aku tak tengok pon friendly match diantara Malaysia XI dengan Kelantan FA sebab aku ada banyak kat rumah untuk disiapkan dan tak sempat untuk menjejakkan punggung aku di Bukit Jalil. Tapi aku dengar Kelantan kena sampai 5-0 dengan skuad negara. Okey la tu kan, RM2 untuk satu gol. RM2 darab dengan 5 gol,kiralah sendiri. Sama denhgan harga tiket yang dibayar untuk menonton match tersebut. Tetapi aku pun tertanya-tanya la jugak kenapa skuad negara melawan pasukan negeri sendiri? Adakah kerana negara lain sombong dan taknak friendly dengan Malaysia ? Atau Malaysia terlalu power sampai takde national team yang lain sanggup untuk mencabar Harimau Malaya ini walaupun Sepanyol mahupun England. Kalau friendly match sesama sendiri,memang ranking Malaysia takkan ke mana lah walaupun aku dan masuk keranda. Tapi aku mendapat jawapan dari rakan aku yang mengatakan bahawa ini adalah friendly persediaan untuk friendly. Tujuan friendly ini adalah untuk mencuba kebolehan skuad negara sebelum perlawanan persahabatan yang sebenar menentang Tok Arab pada 20 Februauri nanti. Ini adalah perlawanan persahabatan Gred A yang boleh menaikkan ranking negara dan perlawanan tersebut akan diadakan di Australia. Mohon semua Ultras booking tiket sekarang dan menari serta chanting tanpa berhenti sepanjang perjalanan dari KLIA ke Australia nanti.

Pasukan yang menjaringkan 5 gol tanpa bolos
Dan untuk pasukan Red Warriors, ini adalah amaran ataupun peringatan kepada mereka. Walaupun ini sekadar friendly dan tidak menjejaskan kedudukan dalam liga, ia patut diambil perhatian oleh seluruh pasukan Kelantan dan Peter Butler khususnya. Kekalahan ini juga menunjukkan bahawa Kelantan tempang dibahagian serangan dan juga pertahanan. Ini akibat daripada ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha dan juga Khairul Fahmi yang masing-masing mewakili negara. Untuk menjadi sebuah pasukan digeruni di sebuah negara bolasepak tahap sederhana, ini adalah peringatan tahap merah kerana mereka tidak bleh selalu bergantung pada mereka berdua. Khairul Fahmi masih lagi muda dan tak mustahil akan meninggalkan Kelantan untuk beraksi dengan kelab-kelab yang lebih baik diluar negara ekoran prestasinya yang memukau di peringkat antarabangsa dan juga dilabel sebagai Penjaga Gol Terbaik Asia oleh Goal.com. Jika perkara ini berlaku, dan Kelantan masih lagi tiada pelapis,sudah tentu gawang Kelantan akan menjadi seperti malam ini. Memang liga kita semakin naik tetapi untuk menjadi lebih hebat dan mendapat banyak pengalaman, berhijrah ke tempat lain adalah perlu bagi seorang pemain bolasepak professional. Ditambah pula dengan kebodohan FAM organisasi tertentu yang suka menggubal undang-undang sendiri dan tidak mengikut guideline yang sebenar.

Ketiadaan MatYo pada bahagian serangan ternyata menjejaskan Kelantan
So aku berharap perlawanan friendly pada malam ini menjadi viagra kepada skuad Harimau Malaya untuk menang menentang Arab Saudi nanti dan menjadi iktibar kepada pasukan Kijang untuk melakukan post-mortem .

Pemangkin Sukan Malaysia Yang Sebenar

  Aku rasa bukan aku je yang perasan tapi warga Meleis yang lain juga mungkin sedar akan peristiwa ini . Aku rasa industri sukan Malaysia sekarang ni telah melonjak ke gear yang lagi tinggi. Bukan sahaja bolasepak tetapi sukan -sukan tempatan yang lain seperti skuash,hoki dan sebagainya. Tapi siapakah atau organisasi manakah yang bertanggungjawab dalam menjadi viagra dalam kebangkitan sukan tanah Meleis ini? Bagi aku bukan Kementerian Belia & Sukan atau FAM atau BAM kerana mereka semua adalah jenis golongan yang bodoh sombong dan langsung takde usaha untuk mencerdikkan diri diorang. Secara ikhlasnya bagi aku, Astro lah yang berusaha untuk memajukan sukan tanah air kita ini.


Dari pandangan Melayu kita yang sukakan berprasangka buruk ini mesti mengatakan yang Astro hanya ambil kesempatan untuk menjana duit dalam industri mereka. Ya! Aku juga tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi mereka adalah badan swasta yang berdiri sendiri tanpa mendapat dana dari kerajaan. Memang wajar lah mereka bersikap sedemikian. Lagipun, Astro yang aku nampak sekarang ni memberi suntikan dana kepada FAM. Lihat sahaja usaha mereka untuk menaikkan mutu sukan kita iaitu dengan menaja kedua-dua liga bolasepak utama kita iaitu Liga Super dan juga Liga Premier. Suntikan dana sebanyak RM200Juta diberikan kepada FAM untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan liga tetapi setakat ini aku tengok electronic board untuk 4th official pun masih belum diganti. FAM mungkin dengan tegasnya melankan kerjasama dengan PDRM untuk membasmi gejala rasuah tetapi korupsi didalam FAM juga perlu dibasmi. Lihat sahaja penajaan liga Super yang ditaja oleh Dunhill dulu. Dunhill memberi RM400Juta kepada FAM tetapi kemana lesapnya duit tu? Adakah sebab duit itu hasil jualan rokok dan seterusnya dibakar untuk mengelakkan dosa ? Kalau duit sebanyak itu diuruskan dengan betul , aku pasti pada masa sekarang ini setiap persatuan bolasepak negeri sudah mempunyai akademi bolasepak sendiri.

"Err...Dunhill pernah taja Liga M ke?" - Dato' S/U
Sejak Astro Arena mengambil alih hak penyiaran Liga Malaysia ni, kadar penonton dan peminat bolasepak tempatan naik dengan mendadak sehinggakan ramai Meleis sekarang ini yang lagi memilih untuk menonton liga tempatan dari liga asing seperti Premier League,La Liga atau sebagainya. Bukan sahaja pada sukan bolasepak, tengok sahaja pada Sukan SEA di Indonesia tahun lepas. Sebelum adanya Astro Arena, RTM yang mempunyai hak penyiaran rasmi tetapi tak begitu teratur dan bosan untuk ditonton. Aku lagi rela tengok Gerak Khas dari sukan SEA ketika itu. Tetapi sejak hak penyiaran berpindah ke Astro, pengemaskini berjalan secara teratur dan kebanyakkannya semua sukan terlibat dalam siaran langsung.

Astro lagi berjaya sebagai penyiar rasmi Sukan SEA berbanding RTM yang membosankan.
Astro Arena juga membuat beberapa jenis wawancara sukan yang menarik dimana luahan rakyat Malaysia mengenai industri sukan dapat diluahkan secara lebih meluas. Dengan adanya rancangan Dengan Izin bersama Rizal Hashim ataupun Kafe Sukan, kita dapat dengar beberapa masalah sukan tempatan disuarakan dan dibincangkan bersama golongan-golongan atasan. Tanpa rancangan seperti itu, organisasi seperti FAM sentiasa mkenjadi kera sumbang. Mereka ingat apa yang diorang buat tu semua betul. Tak perlu mendengar rintihan rakyat atau orang ramai kerana sudah ada golongan intelektual dalam organisasi mereka. Pergi mampus lah dengan intelektual diorang tu . Orang seperti mereka boleh diibaratkan seperti "Cerdik tak boleh tumpang, Bodoh tak boleh diajar". Bodoh sombong.

Rizal Hashim(kanan) berjaya membogelkan beberapa individu di khalayak ramai
Beralih kepada badminton pula, semua perlawanan Malaysia Open tempoh hari di'Live'kan oleh Astro. Bukan sahaja Malaysia Open tetapi mana-mana perlawanan yang Dato' Lee Chong Wei tempuhi mesti ada yang live. Itu boleh dikatakan prihatinnya Astro pada atlet-atlet kita. Kesimpulannya aku berbangga dengan Astro walaupun pemiliknya itu bukan Melayu tetapi mereka lebih prihatin kepada atlet-atlet negara. Syabas diucapkan kepada Astro Arena dan juga Ananda Krishnan dan tak lupa kepada RedBull kerana menaja minuman aku.

Aku Kesian Juga Kat Ronaldo

Ronaldo pon dah penat bila selalu je kalah bila lawan Barca. Kalau dia onform tahap Pendekar Laut sekalipun,tapi defence dengan goalkeeper memang konsisten bangang memang takleh buat apa lah... Kalau dia tak start score, semua fans Real Madrid dok keji ,kritik dia... tapi bagi aku time lawan Barca, kalau tengok defensive line tu bangang, baik tak payah main je Ronaldo tu,,, berlari-lari anak je atas padang. Biar dia tahu Ronaldo tu tinggi ke rendah...

Safee Sali - Matawang Rendah Tapi Gaji Tinggi



Safee Sali telah membuktikan pada kita semua tak perlu belajar tinggi-tinggi untuk dapat masa depan yang gemilang cemerlang dan terbilang. Asalkan buat apa yang kita minat ( selagi tak buat benda haram ), buat betul-betul sehingga berjaya. Dulu,semua orang mengkritik beliau apabila beliau mengambil tindakan untuk bermain untuk Nasi Kandar Pelita  Pelita Jaya. Tetapi beliau tidak mempedulikan mereka itu lalu bertindak mengikut apa yang patut atas nasihat ibubapanya. Aku dapat 2 pengajaran disini bahawa setiap benda yang kita suka ,buat bersungguh -sungguh dan disertakan restu ibubapa memang berharga. Dan yang kedua ialah, ikut gerak hati kita sendiri,jangan ikut kata orang lain. Biasanya Melayu ni tak suka tengok Melayu yang lain berjaya. Ada je yang tak puas hati. Sekali lagi syabas kepada abang SaSa Safee Sali.

  Walaupun beraksi dalam liga haram ( tak perlu samak ) Indonesia, Safee Sali masih lagi setia dengan kelab tersebut walaupun dia bukan orang Indonesia. Atas kesetiaannya itu, Nasi Kandar Pelita Pelita Jaya menaikkan gajinya kepada RM 118,000 sebulan. Aku tak tahu dalam kiraan Rupiah tapi mungkin juta-juta lah. Gaji beliau mengalahkan PM kesayangan kita iaitu Dato Seri 1Najib dan seklaigus membuktikan tak perlu main duit dengan Bookie untuk kaya. Mak aku pernak cakap kalau buat kerja tu ikhlas dan disertakan usaha, rezeki tidak kemana-mana.

"Aku patut main bola dari dulu lagi.." - PM 1Najib

Sedikit pesanan kepada Safee Sali, duit gaji tu aku sarankan simpan di bank luar negara. Bukan apa, tetapi semua orang tau cukai kat Malaysia ni memang cam lancau tingginya. Contohilah Lee Chong Wei, semua duit kemenangan dia, simpan di bank luar negara. Kalau dapat yang Swiss tu untung lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...