Warkah Pagi Rabu Dari England

 Andres Villas Boas sekali lagi membuktikan bahawa dia tidak layak untuk dibandingkan dengan Jose Mourinho. Turun ke padang Sang Angsa hanya berbekalkan Nando Torres dan adik Sturridge sebagai penggempur utama. Gandingan itu tidak ada bezanya jikalau Torres digantikan dengan sebiji kalkulator saintifik dan bergandingan dengan adik Sturridge.Kemungkinan kalkulator itu boleh skor . Para penyokong Singa Blues masih menyalahkan kejohanan bolasepak negara-negara Afrika kerana mengambil otai Drogba tatkala AVB memerlukan beliau. Chelsea dikejutkan dengan gol pembukaan sumbangan S.Sinclair ( bukan suami Bunga Cinta Lestari ) pada minit ke 39 dan nyaris -nyaris dibolosi lagi. Pada separuh masa kedua, Chelsea bangkit dengan sedikit garang tapi gagal untuk menewaskan penjaga gol Swansea yang diibaratkan seperti Tarzan yang memakai gloves. Ashley Cole dibuang padang gara-gara membawa masalah beliau dengan bekas isterinya keatas padang . Namun Chelsea boleh dikatakan terselamat apabila Swansea menghadiahkan gol sebagai cenderamata atas lawatan mereka ke wilayah Wales itu.

"Apa? Dengan Swansea pun seri ??" - TheRock -Ba
Sementara itu di Old Trafford, Manchester United menepati ramalan aku kerana hanya menjaringkan dua gol pada pertemuan mereka dengan anak buah Tony Polis. Dua-dua gol itu hasil sepakan penalti dari Chicharito dan juga Che Berba selepas tindakan bodoh Pennant dan Walters . Sorensen boleh dikatakan agak cemerlang semasa perlawanan tersebut tetapi apakan daya, defence semua bangang. Paul Pogba membuat kemunculan pertama dalam kancah EPL apabila berjaya mempamerkan aksi-aksi yang sehebat ranjang di katil namun apakan daya tidak dapat menjaringkan gol untuk debutnya. United boleh dikatakan bertuah kerana Scholes bermain selama 90+3 minit dan berjaya membuat hantaran yang tepat sebanyak 89%. United mungkin menjaringkan 2 atau 3 gol lagi tapi pertahanan Stoke sudah belajar dari 2 kesilapan mereka.

Tiap kali gaya rambut baru, Abang Berba mesti score !! 

5 Kebodohan FAM Yang Terkini

1.Tidak mengikut guideline yang diberikan oleh FIFA dan AFC seperti yang berlaku tempoh hari kepada Khairul Fahmi Che Mat. Semua sudah jelas bila dinyatakan dalam perundangan FIFA/AFC bahawa setiap pemain tidak boleh bermain untuk negara sekiranya tidak dilepaskan/ada tanggungjawab bersama pasukan yang menjadi majikan mereka.


"Eh,sejak bila aku main Farmville ni?" - Apex
2.Penggantungan jurulatih yang terlalu kejam. Hal in pernah berlaku kepada bekas jurulatih Kelantan FA iaitu B Sathianathan dan juga Jurulatih Kedah sekarang ini . Tak berapa dulu, B Sathianthan dikenakan hukuman gantung selama 6 bulan kerana mengkritik mutu pengadilan secara umum. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson juga pernah berbuat sedemikian tetapi hanya digantung 8 perlawanan oleh FA. Itupun sudah dikecam oleh pengurus-pengurus kelab inggeris yang lain. Berlainan pula yang berlaku kepada Wan Jamak. Dia digantung sebanyak 8 atau 9 perlawanan kerana kesalahan mengritik FAM . Tetapi beliau bukan sahaja digantung perlawanan tetapi juga dilarang melatih pasukannya dalam tempoh penggantungan tersebut. Hal ini berlainan dengan apa yang berlaku dinegara lain sekiranya jurulatih digantung. Mereka dibenarkan untuk melatih pasukan mereka tetapi tidak dibenarkan untuk bersama pemain di bangku simpanan semasa perlawanan rasmi. Tanya sahaja hal ini kepada Jose Mourinho. Beliau sudah banyak kali digantung perlawanan tetapi bebas untuk melatih mereka. 

Kedah hanya menjaringkan satu gol setakat ini.
3.Keputusan yang tidak pernah tetap. Baru sahaja diumumkan bahawa tempoh pendaftaran pemain import sudah ditutup pada penghujung Disember 2011 tapi kerana diugut oleh Menteri Besar Terengganu yang brutal, tempoh itu dilanjutkan kepada penghujung bulan Februari 2012. Kereana digertak sedikit,FAM sudah merasa takut dan mengikut apa kehendak orang lain ? 

"He He He ... berjaya juga taktik aku" - MB Gangster
4.Sikap FAM yang buat tidak endah. Perlawanan diantara Kedah dan Kelantan di Stadium DarulAman  tempoh hari menyaksikan 2 insiden yang sepatutnya dikenakan kad merah yang dilakukan oleh pemain Kedah kepada penyerang Kelantan, Mohammad Ghaddar . Kaki beliau telah dibentes dan seterusnya dipijak oleh dua pemain yang berlainan. Situasi yang sama berlaku di England apabila Mario Balotelli memijak Scott Parker tetapi tidak dikenakan sebarang kad semasa perlawanan tetapi video itu telah ditonton oleh FA dan Balotelli digantung 4 perlawanan. Video yang melibatkan Ghaddar itu jelas kelihatan tapi sampai sekarang masih belum dengar sedikit berita dari Wisma FAM.

Bukti ini sudah cukup untuk menggantung 'Why Always Me'
5.Kejadian di Stadium Paroi telah menafikan bahawa penyokong Kelantan paling ganas di Malaysia. Penjaga gawang Felda United,Hamsani Ahmad telah diserang oleh penyokong Jang. Jikalau berlaku pergaduhan, ia boleh diterima sekira hanya melibatkan pemain sahaja. Tetapi bila pemain diserang oleh penyokong, itu sudah jadi cerita lain. Mana FAM dalam kes ini ? Kenapa kes di Kelantan cepat sahaja disiarkan di berita ? Kenapa KAFA digantung sedangkan penyokong tidak menyerang pemain ? Kenapa FAM tidak mengenakan hukuman yang sama kepada PBNS?

Penyokong Jang memang berbudi bahasa.
FAM menyuruh penyokong untuk bersikap prfesional tetapi mereka sendiri tidak profesional dalam menangani urusan mereka. Walaupun mutu blasepak negara sudah meningkat tetapi FAM tidak diubah ,sampai bila bolasepak Malaysia akan mencapai zaman kegemilangan. 




Kopi Untuk Peminat Berdarah Catalan

 Anda selalu mengantuk ? Banyak kerja atau assignment untuk disiapkan ? Perlukan kopi yang sealiran dengan darah Catalan anda ? Sekarang ini Barcelona CF membuat pendekatan baru iaitu dengan menghasilkan kopi rasmi mereka yang diberi nama Coffee Barca. Didatangi dengan 3 perisa berlainan iaitu Puyol ( light ), Pique ( Medium ) dan juga Messi ( Strong ) . Tak kiralah anda penyokong Datuk Seri 1Najib mahupun Datuk Seri Anwar Sontot Ibrahim, sekiranya anda penyokong kelab Catalan ini,sila dapatkan segera digedung-gedung beli-belah berhampiran. Tak sesuai untuk yang berdarah Madrid.

* Boleh ditukar dengan voucher buku 1 Malaysia.









Credit untuk BlogSerius




Supreme Saturday - Secangkul Kekalahan, Secubit Kemenangan

Semalam kita menyaksikan beberapa perlawanan menarik bolasepak didalam negara mahupun di tanah barat. Diantara perlawanan menarik semalam ialah pertembungan diantara kelab paling power didunia iaitu Manchester United dengan seteru utama mereka iaitu Liverpool. Perlawanan dimulakan tepat 8.45 malam waktu Malaysia dengan menyaksikan permainan yang seimbang diantara kedua-dua pasukan. Walaupun bermain di Anfield, ia langsung tidak memberi banyak kelebihan kepada tuan rumah selain sikap racist penyokong mereka yang tidak penat menge’boo’ selama 90+3 minit . Ya ! Aku terpaksa mengaku dengan gentleman bahawa Manchester United kalah dan aku memang kecewa tahap 1000 Petala Langit. Aku kecewa bukan kerana kekalahan Manchester United . Tetapi tumpas ditangan team cap ayam !! Pasukan yang power seperti Manchester United tidak seharusnya tewas kepada satu team cap ayam !! Namun aku sedapkan hati aku dengan mengatakan bahawa Arsenal juga pernah kalah kepada Swansea pada perlawanan liga tempoh hari. Sekiranya dilihat dari kebaikan tersingkir dari saingan FA cup ini, Manchester United dapat memfokuskan misi untuk mengejar bontot City sehingga ke titisan darah terakhir dan juga menjulang Europa League setelah boring beraksi di Final Champions League. GGMU

Park Ji sekali lagi membuktikan bahawa Korea bukan sahaja pandai menyanyi dan menari.

Ini sebaliknya pula dengan apa yang terjadi di tanah air kita. Pada malam yang sama, Kelantan FA mengganas dengan meratah City Boys . Kelantan menang dengan 3 gol mengatasi Kuala Lumpur hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha, Dennis Antwi dan juga kapitan Badri Radzi. City Boys berkunjung ke Kota Bharu dengan misi untuk membawa pulang satu mata ternyata gagal. Pertahanan mereka begitu degil pada separuh masa pertama tetapi dibolosi juga dengan tandukan Norshahrul pada awal separuh masa kedua. Gol hasil sepakan percuma kapitan Badri Radzi juga sudah cukup untuk memastikan Kelantan kekal dipuncak Liga Super Malaysia sebelum Dennis Antwi melengkapkan icing diatas kek Kelantan FA. Dengan kemasukan awang import juga, kita dapat menyaksikan celebrations goal yang best seperti tarian-tarian yang biasa dilakukan di benua Afrika. Pada musim ini, ia bukan sahaja dilakukan oleh pemain import tetapi juga pemain tempatan juga turut serta bersama. Inilah yang dinamakan Integriti!!

Antwi mwngajar Badri cara celebrate gol dengan betul.

Di Alor Staq pula, Kedah telah menamatkan kemarau gol mereka tetapi tetap kalah kepada pasukan Johor FC yang dilatih oleh mantan jurulatih Red Giants iaitu K.Devan. Nidzham Adzha dilucutkan jawatan selaku ketua jurulatih Kedah kerana telah membimbing pasukan Kedah tanpa sebarang kemenangan dan hanya 1 jaringan gol setakat ini. Sementara itu di Kuching, pasukan Ngap Sayot seri dengan pasukan pelawat iaitu Negeri Sembilan. Pada kali ini , nama Effa Owona tidak tercatat dalam senarai penjaring . Mungkin kerana gerik-geri beliau sudahdiulangkaji oleh barisan pertahan Sarawak yang mempercayai prinsip ‘Aki Idup, Aki Ngelaban’ . Sarawak hanya mampu seri 2-2 walaupun Stadium mereka dipenuhi 30,000 orang penyokong tempatan.

Ini bukan Ultras - Sarawak.


Buat pasukan tetamu negara jiran, Lions XII terpaksa berputih mata apabila kalah buat kali kedua diatas padang artifial mereka sendiri. Kedua-dua kekalahan ini  diakibatkan oleh 2 pasukan pantai timur yang berlainan iaitu Kelantan dan yang terkini, Terengganu . Perlawanan agak stabil dan kedua-dua barisan pertahanan pasukan begitu ego untuk menghadiahkan gol untuk pasukan lawan masing-masing. Gol pertama dan juga gol kemenangan dijaringkan oleh penyerang import Terengganu yang namanya susah disebut tapi seakan-akan Gervinho tanpa dahi yang luas.

GK LionsXII membuat sujud syukur selepas dibolosi Terengganu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...