Semalam kita menyaksikan beberapa perlawanan menarik bolasepak didalam negara mahupun di tanah barat. Diantara perlawanan menarik semalam ialah pertembungan diantara kelab paling power didunia iaitu Manchester United dengan seteru utama mereka iaitu Liverpool. Perlawanan dimulakan tepat 8.45 malam waktu Malaysia dengan menyaksikan permainan yang seimbang diantara kedua-dua pasukan. Walaupun bermain di Anfield, ia langsung tidak memberi banyak kelebihan kepada tuan rumah selain sikap racist penyokong mereka yang tidak penat menge’boo’ selama 90+3 minit . Ya ! Aku terpaksa mengaku dengan gentleman bahawa Manchester United kalah dan aku memang kecewa tahap 1000 Petala Langit. Aku kecewa bukan kerana kekalahan Manchester United . Tetapi tumpas ditangan team cap ayam !! Pasukan yang power seperti Manchester United tidak seharusnya tewas kepada satu team cap ayam !! Namun aku sedapkan hati aku dengan mengatakan bahawa Arsenal juga pernah kalah kepada Swansea pada perlawanan liga tempoh hari. Sekiranya dilihat dari kebaikan tersingkir dari saingan FA cup ini, Manchester United dapat memfokuskan misi untuk mengejar bontot City sehingga ke titisan darah terakhir dan juga menjulang Europa League setelah boring beraksi di Final Champions League. GGMU
| Park Ji sekali lagi membuktikan bahawa Korea bukan sahaja pandai menyanyi dan menari. |
Ini sebaliknya pula dengan apa yang terjadi di tanah air kita. Pada malam yang sama, Kelantan FA mengganas dengan meratah City Boys . Kelantan menang dengan 3 gol mengatasi Kuala Lumpur hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha, Dennis Antwi dan juga kapitan Badri Radzi. City Boys berkunjung ke Kota Bharu dengan misi untuk membawa pulang satu mata ternyata gagal. Pertahanan mereka begitu degil pada separuh masa pertama tetapi dibolosi juga dengan tandukan Norshahrul pada awal separuh masa kedua. Gol hasil sepakan percuma kapitan Badri Radzi juga sudah cukup untuk memastikan Kelantan kekal dipuncak Liga Super Malaysia sebelum Dennis Antwi melengkapkan icing diatas kek Kelantan FA. Dengan kemasukan awang import juga, kita dapat menyaksikan celebrations goal yang best seperti tarian-tarian yang biasa dilakukan di benua Afrika. Pada musim ini, ia bukan sahaja dilakukan oleh pemain import tetapi juga pemain tempatan juga turut serta bersama. Inilah yang dinamakan Integriti!!
| Antwi mwngajar Badri cara celebrate gol dengan betul. |
Di Alor Staq pula, Kedah telah menamatkan kemarau gol mereka tetapi tetap kalah kepada pasukan Johor FC yang dilatih oleh mantan jurulatih Red Giants iaitu K.Devan. Nidzham Adzha dilucutkan jawatan selaku ketua jurulatih Kedah kerana telah membimbing pasukan Kedah tanpa sebarang kemenangan dan hanya 1 jaringan gol setakat ini. Sementara itu di Kuching, pasukan Ngap Sayot seri dengan pasukan pelawat iaitu Negeri Sembilan. Pada kali ini , nama Effa Owona tidak tercatat dalam senarai penjaring . Mungkin kerana gerik-geri beliau sudahdiulangkaji oleh barisan pertahan Sarawak yang mempercayai prinsip ‘Aki Idup, Aki Ngelaban’ . Sarawak hanya mampu seri 2-2 walaupun Stadium mereka dipenuhi 30,000 orang penyokong tempatan.
| Ini bukan Ultras - Sarawak. |
Buat pasukan tetamu negara jiran, Lions XII terpaksa berputih mata apabila kalah buat kali kedua diatas padang artifial mereka sendiri. Kedua-dua kekalahan ini diakibatkan oleh 2 pasukan pantai timur yang berlainan iaitu Kelantan dan yang terkini, Terengganu . Perlawanan agak stabil dan kedua-dua barisan pertahanan pasukan begitu ego untuk menghadiahkan gol untuk pasukan lawan masing-masing. Gol pertama dan juga gol kemenangan dijaringkan oleh penyerang import Terengganu yang namanya susah disebut tapi seakan-akan Gervinho tanpa dahi yang luas.
| GK LionsXII membuat sujud syukur selepas dibolosi Terengganu |
No comments:
Post a Comment