Warkah Pagi Rabu Dari England

 Andres Villas Boas sekali lagi membuktikan bahawa dia tidak layak untuk dibandingkan dengan Jose Mourinho. Turun ke padang Sang Angsa hanya berbekalkan Nando Torres dan adik Sturridge sebagai penggempur utama. Gandingan itu tidak ada bezanya jikalau Torres digantikan dengan sebiji kalkulator saintifik dan bergandingan dengan adik Sturridge.Kemungkinan kalkulator itu boleh skor . Para penyokong Singa Blues masih menyalahkan kejohanan bolasepak negara-negara Afrika kerana mengambil otai Drogba tatkala AVB memerlukan beliau. Chelsea dikejutkan dengan gol pembukaan sumbangan S.Sinclair ( bukan suami Bunga Cinta Lestari ) pada minit ke 39 dan nyaris -nyaris dibolosi lagi. Pada separuh masa kedua, Chelsea bangkit dengan sedikit garang tapi gagal untuk menewaskan penjaga gol Swansea yang diibaratkan seperti Tarzan yang memakai gloves. Ashley Cole dibuang padang gara-gara membawa masalah beliau dengan bekas isterinya keatas padang . Namun Chelsea boleh dikatakan terselamat apabila Swansea menghadiahkan gol sebagai cenderamata atas lawatan mereka ke wilayah Wales itu.

"Apa? Dengan Swansea pun seri ??" - TheRock -Ba
Sementara itu di Old Trafford, Manchester United menepati ramalan aku kerana hanya menjaringkan dua gol pada pertemuan mereka dengan anak buah Tony Polis. Dua-dua gol itu hasil sepakan penalti dari Chicharito dan juga Che Berba selepas tindakan bodoh Pennant dan Walters . Sorensen boleh dikatakan agak cemerlang semasa perlawanan tersebut tetapi apakan daya, defence semua bangang. Paul Pogba membuat kemunculan pertama dalam kancah EPL apabila berjaya mempamerkan aksi-aksi yang sehebat ranjang di katil namun apakan daya tidak dapat menjaringkan gol untuk debutnya. United boleh dikatakan bertuah kerana Scholes bermain selama 90+3 minit dan berjaya membuat hantaran yang tepat sebanyak 89%. United mungkin menjaringkan 2 atau 3 gol lagi tapi pertahanan Stoke sudah belajar dari 2 kesilapan mereka.

Tiap kali gaya rambut baru, Abang Berba mesti score !! 
Liverpool dapat menjinakkan Serigala Kuning apabila menumpaskan mereka di sarang sendiri. 3 gol hasil jaringan brader Bellamy, Dirk Kunyit dan juga Andy Carrol. Ya! Anda semua tidak silap dengar tapi Carrol sudah menjaringkan gol untuk TheReds. Aku tak tahu lah apa badi yang ada pada jersi No 9 Liverpool ni. Patutlah King Kenny taknak pakai No 9 time dia main dulu. Bellamy sekali lagi menjadi catalyst dalam kemenangan Liverpool ini dan membuktikan bahawa dia berbaloi untuk dibawa balik ke Anfield dan tidak perlu yuran perpindahan yang tinggi untuk jaringkan gol. Kunyit masih lagi mempunyai semangat untuk skor hasil semangat yang beliau dapat selepas menewaskan De Gea pada Sabtu yang lepas. Namun Liverpool hanya menang perlawanan liga hanya untuk kekal top 6 BPL.

Ini bukan player Liverpool yang berasal dari Belanda
Tottenham tak perlu cakap lagi. Mereka menang 3-1 keatas Wigan. Siapa masih ingat 2 season yang lepas apabila mereka membelasah team yang sama, ditempat yang sama 9-1 !! Penjaring Spurs tidak lain tidak bukan ialah Jingle Bale dan juga Modric. Aku tak boleh nak ulas banyak sebab aku tak tengok match tu hanya mampu menjenguk dari sudut LiveScore sahaja. Apapun, semua ini sudah kuduga kerana Bales sememangnya tengah power giler sekarang ibarat baru sahaja minum Kopi Jantan dan beberapa biji Viagra.

Tatkala Bale sedang hangat, Modric ingin turut serta.
Satu lagi perlawanan menarik pada pagi Rabu yang indah ini ialah pertemuan diantara David Moyes dengan Roberto Mancini . Boleh dikatakan Man City sejak akhir -akhir ini tidak jaringkan gol yang banyak berbanding awal musim tempoh hari. Mantan pemain tengan Manchester United, adik Gibson berjaya membalas jasa baik bekas kelabnya itu dengan menghadiahkan 3 mata berharga kepada United. Tim Howard tidak tersenarai dalam senarai penjaring pada kali ini dan hanya berpuas hati dengan clean shit pada kali ini.

No Komen
Demikian sahaja, sedikit coretan mengenai perlawanan pagi Rabu ini .Aku mengucapkan terima kasih kepada RedBull kerana sudi menaja minuman aku dan juga HP kerana Dell Alienware kerana menaja laptop yang kecik ini. Aku terpaksa menonton secara streaming kerana tiba-tiba smartcard Astro aku buat hal. Aku cuba untuk menghubungi mereka tapi nampaknya mereka sudah tidur. Mohon perkhidmatan Astro sekejap lagi selama 24jam. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...